Sidang Dewan Rakyat bermula 16 Julai

Sidang Dewan Rakyat bermula 16 Julai

Sidang Dewan Rakyat dijadual bermula 16 Julai dan akan berlangsung selama 20 hari. – Gambar fail
PUTRAJAYA: Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 dijadual bermula pada Isnin 16 Julai 2018.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi memperkenan sidang tersebut diadakan.

“Pada 16 Julai, kita akan melantik Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Majlis angkat sumpah juga akan berlangsung pada hari sama selain memilih Timbalan-timbalan Yang di-Pertua.

“Pada Selasa, 17 Julai 2018, Yang di-Pertuan Agong akan merasmikan sidang Dewan Rakyat serta menyampaikan titah perasmian,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.