DPMM sedia bangun rumah mampu milik di bandar besar

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bersedia membangunkan 100,000 kediaman mampu milik berharga di bawah RM150,000 seunit di sekitar Lembah Klang dalam tempoh lima tahun akan datang.

Presidennya, Syed Ali Al Attas berkata, DPMM memiliki barisan kontraktor kelas A, arkitek, dan jurutera pengalaman yang bersedia untuk membangunkan projek-projek sedemikian pada bila-bila masa.

“Dianggarkan sekitar 404.6 hektar tanah kerajaan masih ada di sekitar Lembah Klang boleh dibangunkan untuk tujuan ini,” katanya kepada media di ibu pejabat DPMM di Plaza Damansara di sini hari ini.

Malah, katanya DPMM boleh menjalankan projek-projek sedemikian tanpa mengambil untung bagi membantu golongan berpendapatan sederhana memiliki kediaman sendiri di bandar-bandar utama di negara ini.

“Kini tiba masanya bagi kerajaan untuk menimbangkan bagi membantu golongan ini memiliki rumah sendiri. Berikan kami tanah itu dan anggota kami akan menyerahkan projek berkenaan pada harga kos,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.