Kekalkan sistem sekarang bagi capai Wawasan 2020 – Dr. M

SIBU 6 Okt. — Sistem perkongsian kuasa dan kekayaan yang diamalkan sekarang harus dikekalkan bagi membolehkan negara ini mencapai matlamat Wawasan 2020 menjadi negara maju, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sistem itu, terutamanya perkongsian kuasa yang dilaksana oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, telah terbukti sebagai penyelesaian terbaik untuk negara pelbagai bangsa seperti Malaysia, katanya.

“Kita ada konsep pelbagai parti politik yang mewakili kaum berbeza bekerjasama di bawah satu gabungan. Konsep itu jelas berjaya, sama ada ketika di bawah Perikatan dan kemudian gabungan dan kini Barisan Nasional.

“Mereka telah memenangi setiap pilihan raya dan membentuk kerajaan sama ada pada peringkat persekutuan ataupun negeri,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 penduduk Sibu, di sini malam semalam. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.