Ahmad Zahid jumpa Tun M sempena Ramadan

PUTRAJAYA: Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis.

Menerusi perkongsian di Facebook Ahmad Zahid pada Khamis, beliau memaklumkan bahawa pertemuan itu dibuat sempena bulan Ramadan.

“Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak saya telah bertemu dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

“Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua,” katanya.

Difahamkan ini pertemuan rasmi pertama antara Ahmad Zahid dan Mahathir selepas BN mengalami kekalahan dalam PRU14 lalu. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.