Australia Boikot Piala Dunia Di Rusia

KERAJAAN Australia mengambil keputusan untuk tidak menghantar delegasi rasmi ke pertandingan bola sepak Piala Dunia 2018 yang akan diadakan di Rusia pada 14 Jun ini.

Hubungan tegang antara kedua-dua negara itu berada di hujung spektrum geopolitik dan ini bermakna Australia akan menyertai United Kingdom (UK) untuk memboikot negara tuan rumah tersebut.

Perlawanan pembukaan dan akhir pada setiap acara Piala Dunia yang kebiasaannya dihadiri oleh wakil ketua negara dan kerajaan, menjadi acara rundingan tidak rasmi.

Menteri Luar Australia, Julie Bishop (gambar) mengesahkan kepada AAP bahawa tiada wakil Australia yang akan terbang ke Rusia.

“Kerajaan Australia tidak akan masuk campur dalam keputusan Persekutuan Bolasepak Australia yang berkaitan dengan Piala Dunia.

“Duta Australia ke Moscow akan menghadiri Sukan Socceroos,” kata Bishop.

Australia sebelum ini sering memprotes Rusia berhubung pencabulan hak asasi manusia dan kerana melanggar undang-undang antarabangsa, termasuk pencabulan Crimea dari Ukraine pada 2014.

Bulan lalu, Bishop mendakwa penglibatan kerajaan Rusia dalam kejadian tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 yang turut mengorbankan seramai 38 warga Australia.

Menteri luar tersebut turut memohon untuk bercakap dengan kerajaan Vladimir Putin bagi mendapatkan pampasan buat keluarga mangsa nahas MH17. – ESPN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.