Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan tersebut akan dijalankan di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Ujar beliau, kertas siasatan dibuat selepas tiga laporan polis dilakukan terhadapnya.

“Sebaik sahaja siasatan selesai, kita akan serahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Op Selamat 13 di Pusat Konvesyen di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE