Had Laju Jalan Persekutuan, Negeri Diturunkan

Had laju di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri akan diturunkan, masing-masing daripada 90 kepada 80 kilometer sejam dan daripada 80 kepada 70 kilometer sejam bermula jumaat ini.

Penurunan had laju itu dilakukan susulan kempen keselamatan jalan raya peringkat kebangsaan, sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Kenyataan Kementerian Kerja Raya memaklumkan, penurunan had laju itu akan dikuatkuasakan bermula jumaat ini sehingga 22 Jun depan dan akan dipantau menerusi operasi bersepadu kementerian bertanggungjawab.

Arahan akan dikeluarkan kepada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan,Jabatan Kerja Raya untuk menukar papan tanda had laju di dua jenis jalan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.