Nur Aisyah akhirnya ditemui selamat

MUAR 7 Jun – Bayi perempuan, Nur Aisyah Hasmizan berusia 17 bulan yang dilaporkan hilang di rumahnya di Kampung Parit Lanjut, Sungai Terap, di sini ditemui selamat.

Bayi berkenaan dipercayai ditemui di kawasan semak berdekatan sebuah pencawang elektrik di daerah ini kira-kira pukul 4 petang tadi.

Anak bongsu kepada Hasmizan Othman, 35, dan Siti Noorfadila Yusofe, 30, itu pada mulanya disedari hilang ketika ibu bapanya bangun untuk bersahur, pagi tadi.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku antara pukul 3 hingga 5 pagi ketika kesemua ahli keluarga sedang tidur di dalam bilik utama kediaman mereka.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip mengesahkan penemuan itu dan butiran lanjut akan diberikan kemudian.

Dalam pada itu, ahli keluarga bayi terbabit berkumpul di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar bagi mengetahui lebih lanjut keadaan Nur Aisyah.

Bayi berkenaan juga dilihat dipangku ibunya untuk dibawa ke bilik pemeriksaan X-Ray dan terdapat kesan seperti gigitan serangga di muka dan badannya, bagaimanapun keadaan Nur Aisyah dilaporkan stabil. -UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.