Pejabat hak asasi PBB melahirkan rasa prihatin susulan dasar berkenaan yang diperkenalkan oleh pentadbiran Presiden AS, Donald Trump dalam usaha untuk menangani pendatang haram.

Menurut jurucakap wanita PBB, Ravina Shamdasani, dia menerima maklumat daripada kumpulan masyarakat sivil AS menunjukkan beberapa ratus kanak-kanak telah dipisahkan daripada keluarga mereka di sempadan sejak Oktober lalu.

“AS perlu menghentikan polisi itu dengan segera. Dasar itu menyalahi undang-undang keluarga dan merupakan satu pelanggaran hak kanak-kanak,” jelas Shamdasani. – AFP/UTUSAN ONLINE