Bajet Pakatan hanya Retorik semata-mata?

Bajet Alternatif Pakatan Rakyat yang diumumkan oleh ketua pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan RM 220 bilion bagi belanjawan tahun 2012 dengan usaha untuk mengurang defisit pada kadar 4.4 peratus berbanding 6 peratus daripada KDNK.
Sekali lagi propaganda yang dimainkan pembangkang dalam usaha untuk menarik perhatian rakyat Malaysia. Dengan mengambil tema Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012,menunjukkan seolah bajet yang diuar-uarkan pakatan rakyat seolah-olah lebih hebat daripada Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan oleh Najib, esok. Antara ringkasan bajet tersebut adalah:
1. Bonus RM1,000 setahun bagi setiap warga emas di Malaysia;
2. Bayaran RM1,000 di tahun 2012 untuk warga suri rumah yang layak;
3. Menambah pendapatan isi rumah golongan miskin tegar kepada RM550 sebulan
4. memperkukuh jaringan keselamatan sosial dengan menambah bayaran kebajikan terus sebanyak RM550 sebulan untuk memastikan penjajaran dengan bantuan kepada golongan miskin tegar
5. Elaun RM700 setahun bagi penjagaan anak berumur 12 tahun ke bawah bagi keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan dan penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak berkelulusan melalui penyediaan pinjaman khas dan insentif cukai. Pakatan Rakyat ingin melihat peningkatan kadar penyertaan buruh di kalangan wanita dari 46 peratus ke 55 peratus dalam masa lima tahun.
6. RM 100 juta akan diperuntukkan kepada peniaga-peniaga kecil untuk pertingkat tahap kebersihan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa.

Persoalannya apakah jaminan mereka kepada masyarakat untuk kita sama-sama tidak dibuai mimpi oleh mereka? Saya akan bawakan anda untuk sama2 kita telusuri janji-janji yang ditinggalkan sepi oleh pakatan rakyat di 2 negeri yang mereka takluki:

1. Kedah Darul Aman

Tumbangnya kerajaan BN Kedah tiga tahun lalu adalah satu pengalaman cukup pahit. Kesannya memudaratkan, khususnya terhadap rakyat Kedah. Banyak keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri di bawah Pas tidak menguntungkan orang ramai. Pengumuman kenaikan tarif air 25 hingga 44 peratus (%) benar-benar memeritkan rakyat yang kebanyakannya masih berpendapatan rendah sehingga menimbulkan Protes Ahli PAS sendiri di hadapan Pejabat Menteri Besar

Rakyat dapat melihat dengan jelas bagaimana kerajaan Pas gagal menangani masalah banjir, bekalan air, agihan perumahan dan kes dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung tunggakan bayaran. Menteri Besar bersikap angkuh dan mengugut UUM, yang mana ramai dalam kalangan pelajarnya adalah anak-anak Kedah sendiri. Kalau beginilah cara seorang Menteri Besar mentadbir dan sikap yang ditunjukkan, tidak hairanlah rakyat memprotes cara kepimpinan yang di tunjukan Mneteri Besar Kedah

Ahli Pas juga memprotes kerana kerajaan Pas di bawah Datuk Seri Azizan Abdul Razak gagal menunaikan janji pilihan raya, termasuk melaksanakan hukum hudud di Kedah walaupun sudah masuk tahun ke-3. Protes lagi besar pernah dibuat oleh pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah, sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri, yang tidak berpuas hati dengan cara layanan dan kegagalan kerajaan negeri menyediakan kemudahan asas di institusi itu dengan sempurna

2. Selangor Darul Ehsan

100 hari Pakatan Rakyat di Selangor menyaksikan perkara sebenar dimana pihak yang sepatutnya menguasai kerajaan Selangor ialah bukan Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi YB Terresa Kok dan YB Ronnie Liu. Ini bersandarkan hakikat banyak kenyataan penting dibuat oleh kedua-dua EXCO ini.

· Pengumuman pemansuhan undang-undang mengehadkan rumah ibadat bukan Islam telah dibuat oleh YB Ronnie dan YB Xavier Jeyakumar tanpa mengambil kira kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negeri. Sungguhpun menteri Besar menarik balik pengumuman tersebut, tapi kita masih tetap tertanya-tanya sehingga hari ini apa sudah jadi dengan kerajaan negeri? Siapa yang membuat keputusan? Mengapa begitu mudah membuat pengumuman terutama membabitkan sensitiviti orang Melayu?Kerajaan Selangor belum pernah mengotakan janji untuk mengurangkan kadar cukai pintu kediaman sebanyak 20 peratus yang dibuat pada pilihan raya umum lepas. Dan juga:
· Elaun tadika RM50 seorang setiap bulan
· Elaun anak pusat asuhan kanak-kanak sebanyak RM75 seorang setiap bulan.
· Elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
· Elaun khas ibu tunggal.
· Bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin.
· Bantuan geran untuk perniagaan.
· Sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri.
· Rawatan percuma untuk warga Selangor berusia 60 tahun ke atas.
· Bantuan masuk universiti.

Baru-baru ini Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia malahirkan rasa cukup yakin mereka dengan keupayaan pakar-pakar ekonomi Pakatan Rakyat di dalam menyediakan Bajet Alternatif ini kerana sudah pasti mereka telah mempertimbang dan membuat rujukan yang teliti terhadap ekonomi, sumber-sumber kewangan dan simpanan kewangan negara sebelum membentangkan Bajet Alternatif mereka. Oleh itu, kata mereka rakyat perlu memberikan kepercayaan penuh kepada Pakatan Rakyat untuk merealisasikan kemampuan melaksanakan Bajet Alternatif ini dengan mengangkat Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Pusat menggantikan Barisan Nasional.
Berdasarkan pemerhatian rasional kita pakatan rakyat tidak lebih hanya menjanjikan sesuatu yang belum pasti mampu kita kecapi. Jika hanya 2 negeri ini mereka lupa, inikan pula bila mentadbir kerajaan persekutuan kelak,kalau mereka mempunyai pakar ekonomi yang sebenar mengapa Kelantan masih menagih bantuan daripada kerajaan persekutuan? Dan mengapa menteri besar Selangor suatu ketika dahulu merayu kerajaan persekutuan memberikan peruntukan khas kepada Selangor??? Anda nilai-nilaikan sendiri.
Jika kita lihat Bajet yang diumumkan oleh PR,masih belum lengkap kerana ianya belum menyelitkan Kabinet Bayangan jika mereka dapat Perintah Kerajaan Pusat,kerana bagi rakyat Malaysia,Kabinet Bayangan Kerajaan PR lebih penting dari Bajet yang diumumkan sebelum ini.Mengambil ayat Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad,” Anwar hebat berkata-kata,tetapi dia bukan pakar dalam bidang Ekonomi”

10 thoughts on “Bajet Pakatan hanya Retorik semata-mata?

  • 08/10/2011 at 10:41 pm
    Permalink

    betul…betul..betul memang retorik…

    Reply
  • 08/10/2011 at 10:49 pm
    Permalink

    pakatan rakyat hanya pandai bermimpi di siang hari,sebagaimana hasrat untuk menawan putrajaya pada 16 september…..bagaimana nak membuat bajet untuk sebuah negara sedangkan negeri-negeri di bawah pentadbiran pakatan rakyat pon masih memerlukan bantuan kewangan dari kerajaan pusat.

    Reply
  • 08/10/2011 at 10:53 pm
    Permalink

    semua nya janji2 manis..

    Reply
  • 08/10/2011 at 11:01 pm
    Permalink

    Nampak memang indah tapi berat atau mustahil untuk melaksanakannya…walaubagaimana pun ada perkara-perkara yang perlu diberi perhatian,..
    · Elaun tadika RM50 seorang setiap bulan
    · Elaun anak pusat asuhan kanak-kanak sebanyak RM75 seorang setiap bulan.
    · Elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
    · Elaun khas ibu tunggal.
    · Bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin.
    · Bantuan geran untuk perniagaan.

    ini boleh mengaburi serta menyakinkan golongan2 mereka yg berpendapatan rendah..

    Reply
  • 08/10/2011 at 11:09 pm
    Permalink

    sudah lah pakatan rakyat, hang semua x layak nak pemimpin negara apatah lagi nak manage kewangan negara…

    Reply
  • 08/10/2011 at 11:10 pm
    Permalink

    bajet pakatan rakyat, bajet yang merepek

    Reply
  • 09/10/2011 at 2:52 am
    Permalink

    Hanya satu yang dapat dirumuskan disini iaitu usahla bermimpi di siang hari..Kerajaan Pakatan Rakyat hanya sekadar untuk menyedapkan mata mata dan telinga rakyat diluar sana dengan kata-kata dan janji-janji manis ,sedangkan tujuan dan niat beliau hanye mahu memporak perandakan corak pemerintahan yang sedia utuh..

    Reply
  • 09/10/2011 at 8:28 am
    Permalink

    semua politik ada permainannya tersendiri…. so rakyat diluar sana buka mata buka minda…

    Reply
  • 09/10/2011 at 10:51 am
    Permalink

    janji mmg senang dibuat tapi bila nak laksanakan nnt… boleh ke?

    Reply
  • 22/10/2011 at 10:48 pm
    Permalink

    bajet gula-gula pembangkang..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.