Bajet2012: Felda Global Ventures Disenaraikan Di Bursa Malaysia Menjelang Pertengahan 2012

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) akan disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang pertengahan 2012 untuk mengumpul dana bagi syarikat itu menjadi sebuah konglomerat global, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata penyenaraian itu akan mewujudkan sebuah lagi syarikat perladangan berwajaran tinggi selain menarik pelabur antarabangsa ke Bursa Malaysia.

Hak dan kepentingan peneroka FELDA akan terus dilindungi oleh Koperasi Permodalan FELDA sebagai pemegang saham majoriti, tegas beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen di sini.

Peneroka FELDA dijangka menerima durian runtuh, dan jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian, kata beliau.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.