Gaddafi seru rakyat Libya tentang kerajaan baru

TRIPOLI 7 Okt. – Bekas pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi menyeru rakyatnya supaya mengadakan demonstrasi menentang pemerintah baru negara ini, lapor stesen televisyen Arrai yang berpangkalan di Syria.

“Saya menyeru berjuta-juta rakyat Libya, lelaki dan wanita, untuk turun (tunjuk perasaan) di dataran dan jalanan serta seluruh bandar untuk menolak Majlis Peralihan Kebangsaan,” katanya dalam satu rakaman suara berkualiti rendah yang disiarkan stesen televisyen tersebut. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.