Silap besar jika sasar seri

LONDON – England memburu kemenangan di Montenegro hari ini meskipun hanya memerlukan satu mata untuk layak ke pusingan akhir Euro 2012 pada aksi kelayakan Kumpulan G di Podgorica.

Skuad Fabio Capello yang belum kalah, hanya perlu mengelak kekalahan untuk ke pusingan akhir di Ukraine dan Poland, tetapi jika gagal, England terpaksa berharap kepada bantuan Switzerland, minggu depan.

Sehingga kekalahan Montenegro kepada Wales bulan lepas, kedua-dua negara berkongsi mata dalam saingan peringkat kumpulan.

Namun, jika England tumpas, mereka terpaksa bermain pada peringkat playoff.

Sebaliknya, jika skuad Capello mencatat dua kemenangan dalam dua perlawanan terakhir, mereka akan menghuni tangga teratas kumpulan.

Capello yang gagal pada Piala Dunia tahun lalu berkata, dia akan mengekalkan corak permainan menyerang yang setakat ini berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat lawan pada kelayakan Euro 2012.

Capello akan menyenaraikan lima penyerang dengan Wayne Rooney dijangka digandingkan pada posisi depan dengan Darren Bent, Andy Carroll ataupun penyerang remaja Man. United yang sedang meningkat, Danny Welbeck.

“Kami mahukan kemenangan, bukan sekadar seri. Jika, anda bermain untuk seri, ia satu kesilapan besar kerana anda akan beraksi hanya untuk mempertahankan keputusan itu.

“Apabila anda berbuat demikian, itu satu kesilapan bodoh. Anda perlu bermain dengan gaya sama seperti mana yang dipamerkan pada perlawanan sebelum ini,” katanya kepada laman web FA (www.thefa.com). – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.