Banglo Tiga Tingkat Dilelong… Lokasi Pembunuhan Kejam

SEBUAH banglo di timur China untuk dijual pada harga satu pertiga daripada harga pasaran didedahkan apabila ia menjadi lokasi satu kejadian pembunuhan kejam, menurut laporan sebuah akhbar.

Modern Express melaporkan bahawa banglo tiga tingkat di Nanjing di wilayah Jiangsu itu dibida pada Isnin lalu dengan harga permulaan AS$680,000 (RM2.7 juta).

Menurut artikel berkenaan, nilai bidaan itu adalah 65 peratus kurang daripada nilai hartanah yang sama di kawasan tersebut.

Feng Jun, 70, disabitkan kesalahan kerana membunuh menantu lelakinya di rumah tersebut pada 2011, dengan bersubahat bersama anak perempuannya.

Kejadian bermula apabila anak beranak itu membuat tuntutan insurans dengan memalsukan “kematian” menantu Feng Jun.

Rancangan itu membuatkan polis tersilap anggap bahawa mangsa meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2006.

Isteri mangsa kemudian membatalkan status permastautin tetap mangsa di balai polis susulan pemalsuan kematian suaminya.

Menurut laporan, menantu Feng Jun beberapa kali meminta isteri dan bapa mertuanya supaya memulangkan pasport miliknya tetapi tidak dipedulikan.

Bimbang penipuan mereka didedahkan, anak beranak itu membunuh mangsa menggunakan kapak dan pisau.

Mayat mangsa dikerat kepada beberapa bahagian, di garaj rumah.

Menurut laporan itu, pemilik banglo ketika ini cuba menjual rumah berkenaan tiga kali sejak empat tahun lalu dengan mengurangkan harga jualan, tetapi gagal.

Tambah laporan itu, lebih 20,000 orang melihat butiran bidaan di Internet pada Isnin lalu, tetapi hanya seorang yang membuat permohonan untuk membida. – South China Morning Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.