Kemungkinan berlaku perubahan dalam Lembaga Pengarah PETRONAS

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mungkin menghadapi beberapa perubahan dalam Lembaga Pengarahnya berikutan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dijangka akan meninggalkan syarikat itu tidak lama lagi, manakala Pengerusi Jawatankuasa Saraan PETRONAS, Mohd Omar Mustapha, dilaporkan telah mengemukakan perletakan jawatannya berkuatkuasa 30 Jun 2018

Menurut laporan portal dalam talian, Omar berkata suratnya kepada Setiausaha syarikat itu bertarikh 1 Jun 2018.

“Saya dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif PETRONAS pada 15 September 2009. Menurut kod tadbir urus korporat PETRONAS, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkhidmat selama tempoh maksimum sembilan tahun secara kumulatif dari tarikh pelantikan pertama, dan tiada lanjutan melebihi sembilan tahun akan dibenarkan.

“Keterbatasan ini adalah untuk memastikan tahap kebebasan tertinggi pengarah dipelihara dan dikekalkan sebagai perkara tadbir urus korporat yang baik yang diharapkan PETRONAS sebagai satu-satunya syarikat Malaysia dalam senarai Fortune 500,” katanya dalam satu kenyataan.

“Oleh itu, saya telah memberi notis mengenai peletakan jawatan saya sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Pengerusi Jawatankuasa Saraan yang berkuatkuasa 30 Jun 2018, sementara menunggu ia diluluskan oleh PETRONAS,” kata Omar.

Sementara itu, Sidek, yang kontraknya akan tamat akhir bulan ini, tidak dijangka mendapat lanjutan kontrak, kata sumber yang rapat dengan syarikat minyak kebangsaan itu.

“Adalah berkemungkinan bahawa jawatan itu dibiarkan kosong untuk memberi laluan kepada kembalinya Tan Sri Mohd Hassan Marican, yang telah mencipta namanya dalam syarikat itu dan tokoh lagenda untuk tempoh masa yang paling lama.

Sumber itu berkata, kedudukan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, kelihatan selamat, dengan Hassan dijangka mengisi jawatan Pengerusi.

Wan Zulkiflee, yang kontraknya diperbaharui selama tiga tahun berkuatkuasa 1 April tahun ini, telah menyesuaikan diri dengan baik dengan semua kakitangan PETRONAS, terutamanya semasa kemerosotan minyak dan gas sejak Jun 2014.

Sumber itu menambah bahawa, Hassan boleh membantu Wan Zulkiflee dalam menangani urusan kumpulan di tengah-tengah cabaran sukar dalam landskap ekonomi global

“Beliau mengendalikan Temasek dengan baik sekali,” kata sumber itu, merujuk kepada peranan Hassan sebagai Penasihat Antarabangsa Kanan di cabang pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings Pte Ltd.

Hassan adalah presiden dan CEO PETRONAS dari Februari 1995 hingga 4 Februari 2010, selain menjadi Pemangku Pengerusi sehingga 4 Februari 2010.

Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang audit, perakaunan dan pengurusan.

Hassan juga berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan untuk PETRONAS dari 1989 hingga 1995 dan rakan kongsi firma perakaunan Hanafiah Raslan dan Mohamed (Touche Touche & Co) dari tahun 1981 hingga 1989.

Beliau kini menjadi ahli Majlis Penasihat Kerajaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Sembcorp Marine Ltd, Singapura.

Kemungkinan peletakan jawatan Sidek berikutan peletakan jawatan beberapa pegawai di agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU-14.

Ini termasuk Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan dikhabarkan juga akan berhenti.- BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.