Liga Perdana Setuju Rehat Musim Sejuk

LONDON: Liga Perdana Inggeris bersetuju untuk memperkenalkan rehat musim sejuk dalam tindakan bersejarah bagi memberikan pemain waktu rehat dalam musim yang padat, umum Persatuan Bolasepak England (FA) hari ini.

Tempoh rehat berkenaan – yang lebih pendek daripada liga Eropah lain – akan memberikan 20 pasukan Liga Perdana cuti  dua minggu pada Februari bermula kempen 2019/20.

Lima perlawanan akan dilangsungkan pada hujung minggu dengan kumpulan kedua akan berlangsung minggu berikutnya.

Sebahagian dipersetujui FA ialah Liga Bolasepak England yang bertanggungjawab untuk liga di luar Liga Perdana – menukar pusingan kelima Piala FA ke pertengahan minggu dalam tempoh berkenaan.

Sebagai tambahan mereka perlu bermain untuk mendapatkan keputusan dengan tiada kemungkinan untuk perlawanan semula seperti yang berlaku sebelum ini.

“Ini adalah saat yang penting untuk bola sepak England dan kita percaya ia akan memberi manfaat untuk kelab dan negara,” kata ketua eksekutif FA, Martin Glenn.

“Bukanlah rahsia kita ada jadual pada kalendar yang padat dan selepas bertahun kita berusaha untuk mencari penyelesaian.

“Hari ini pengumuman ini membuktikan bahawa bola sepak boleh bersama untuk memberikan sesuatu yang baik untuk sukan ini.” – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.