Tular Wanita Tanggal Baju Di Stesen MRT

GAMBAR seorang wanita sedang berbogel di platform stesen MRT muncul di media sosial.

Menurut laporan Today, wanita berusia 35 tahun itu telah ditahan malam Rabu di bawah Akta Kesihatan Mental (Rawatan dan Jagaan) selepas polis dihubungi kira-kira jam 10.30 malam, dalam kejadian di Singapura.

Dia dirujuk kepada seorang pengamal perubatan untuk pemeriksaan di sebuah institusi psikiatri.

Identiti dan negara asal wanita itu masih tidak diketahui, begitu juga individu yang mengambil gambar berkenaan.

 

Dalam satu gambar yang tular, wanita berkenaan dilihat sedang menanggalkan bajunya dan dalam satu lagi gambar, tidak ada seurat benang pun di badannya.

Turut kelihatan dua lelaki dan seorang wanita berhampiran dengannya dan wanita terbabit dilihat memeluk salah seorang lelaki di situ.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada mereka saling mengenali atau pun lelaki itu cuba membantu wanita tersebut.

SMRT tidak dapat dihubungi untuk komen.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.