Apple berada di persimpangan

NEW YORK 7 Okt. – Kematian pengasas Apple Inc., Steve Jobs kelmarin membuatkan lembaga pengarah syarikat telekomunikasi terkemuka Amerika Syarikat (AS) itu berada di persimpangan.

Petanda awal untuk masa depan syarikat kini dilihat terarah kepada keperluan melakukan pembaharuan dan sama ada mereka perlu melantik Pengerusi Bebas atau menambah bilangan pengarah di dalam syarikat berkenaan.

Profesor Pentadbiran Korporat Boston University School of Management, Jom Post berkata, lembaga pengarah Apple Inc. perlu melantik Pengarah Bebas dan membawa masuk bakat-bakat baru yang tidak ‘dibayangi’ pengaruh Jobs.

”Mereka perlu menambah bilangan pengarah termasuk membawa masuk bakat-bakat baru yang ‘bebas’,” katanya.

Jobs, 56, meninggal dunia pagi kelmarin dan berita pemergian beliau mengejutkan seluruh dunia.

Beliau sebelum ini melepaskan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat pada 24 Ogos lalu selepas disahkan menghidap kanser, namun mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat.

Sementara itu, pendapat Post turut disokong seorang penganalisis daripada Jefferies & Co., Peter Misek.

Jelasnya, ahli lembaga pengarah Apple yang ketika ini hanya tujuh orang dilihat terlalu kecil berbanding pesaing syarikat berkenaan.

Begitu juga dengan penganalisis daripada BGC Partners, Colin Gillis yang berpendapat jawatan Pengerusi Apple Inc. tidak seharusnya dipegang oleh ketua pegawai eksekutif syarikat itu.

Di bawah pentadbiran Jobs, Apple terus mengecap kejayaan dan mengalami revolusi di peringkat tertinggi menerusi pengenalan beberapa produk pengkomputeran moden seperti Power Mac G3, PowerBok dan juga iBook.

Pada tahun 2001, Apple telah memperkenalkan perisian sistem operasi pertama mereka, Mac OC X, selain beberapa aplikasi pengkomputeran menerusi platform iApps seperti iMovie, iTunes, iPhoto, iCal dan iSync.

Tidak cukup dengan itu, kejayaan dalam bidang telekomunikasi turut dicatatkan Apple pada 2007 apabila memperkenalkan peranti telefon bimbit pintar iPhone dan komputer tablet iPad yang kini semakin menarik perhatian masyarakat dunia. – REUTERS

3 thoughts on “Apple berada di persimpangan

  • 08/10/2011 at 11:12 pm
    Permalink

    mungkinkah produk Apple akan terhenti dan tiada pengeluaran produk Apple lagi?

    Reply
  • 09/10/2011 at 12:41 am
    Permalink

    harap pengurusan tertinggi Apple dapat melantik dan menyelasaikan masalah ini ,kerana produk Apple sudah pun dikenali seluruh dunia…

    Reply
  • 09/10/2011 at 11:20 am
    Permalink

    Kemungkinan selepas ini saingan2 apple akan terus bersaing hebat utk merampas kedudukan apple sekalu pengeluar gadget tercanggih skrg..apple mu gkin akan mengalami kemerosotankemajuan dlm jangka masa lam selagi tiada penganti yg setanding dan mungki lebih hebat dari steve jobs..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.