Noramfaizul penerima pertama Bintang Gagah Perkasa

MELAKA 8 Okt – Kerajaan Melaka memberikan penghormatan tertinggi kepada jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor menerusi anugerah Bintang Gagah Perkasa (BGP) sempena ulang tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob hari ini.

Allahyarham yang terkorban ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia pada 2 September lepas adalah penerima pertama anugerah yang diperkenalkan pada 1978 itu.

Bercakap pada sidang media di sini, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Kaseh berkata, anugerah itu diperkenalkan khusus untuk anggota tentera dan polis namun tidak pernah ada penerima.

“Anugerah BGP ini bagi mengenang jasa Noramfaizul yang terkorban sebagai wira negara sewaktu misi kemanusiaan dan kami amat menghargai jasa Allahyarham,” katanya.

Allahyarham juga penerima tunggal anugerah itu pada sambutan kali ini.

Noramfaizul, 39, yang menaiki kenderaan pacuan empat roda terbunuh akibat terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan semasa menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di negara bergolak itu. – Bernama

6 thoughts on “Noramfaizul penerima pertama Bintang Gagah Perkasa

  • 08/10/2011 at 10:57 pm
    Permalink

    memang sewajarnyalah, pengorbanan allahyarham noramfaizul itu diingati selalu…

    Reply
  • 08/10/2011 at 11:11 pm
    Permalink

    terima kasih kpd kerajaan negeri Melaka kerana menganugerahkan Bintang Gagah Perkasa tersebut kpd allahyarham Noramfaizul

    Reply
  • 08/10/2011 at 11:11 pm
    Permalink

    beliau seseorng yang amat berani dalam apa jua bidang kemanusiaan yang beliau ceburi.

    Reply
  • 09/10/2011 at 12:14 am
    Permalink

    tahniah kerajaan negeri melaka yg Perihatin…al-fatihah kpd allahyarham Noramfaizul,…

    Reply
  • 09/10/2011 at 12:31 am
    Permalink

    kerajaan melaka prihatin kepada Allayarham Noramfaizul atas sumbangan beliau dalam dunia keberitaan

    Reply
  • 09/10/2011 at 9:05 am
    Permalink

    memang arwah patut dapat penghargaan…sepatutnya diperingkat persekutuan pun sebab arwah terkorban membawa misi kemanusian atas nama malaysia, bukan nama melaka..tapi bolehlah, dari takde apa langsung

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.