Tuduhan Belanjawan 2012 Tidak Realistik, Pembangkang Mati Akal Untuk Serang Kerajaan, Kata PM

KUALA SELANGOR, 8 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tuduhan pembangkang bahawa Belanjawan 2012 tidak realistik menunjukkan mereka mati akal dan tidak mempunyai jawapan bagi menyerang kerajaan.

Beliau berkata Belanjawan 2012 yang dibentangkan semalam merupakan sesuatu yang boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan serta bukan hanya janji-janji kosong.

“Untuk Bajet 2012 kita guna pakar-pakar dari Kementerian Kewangan, Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan lain-lain, bukan pak pandir. Semua pandai-pandai dan ada kelulusan Phd.

“Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat, kita tidak tipu rakyat. Sebaliknya ia merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya semasa berucap pada majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee, Ijok di sini, hari ini.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam bersama lebih 3,000 masyarakat setempat serta menyampaikan sumbangan Deepavali dan Hari Raya Aidil Adha kepada 600 penerima.

— BERNAMA

3 thoughts on “Tuduhan Belanjawan 2012 Tidak Realistik, Pembangkang Mati Akal Untuk Serang Kerajaan, Kata PM

  • 08/10/2011 at 11:01 pm
    Permalink

    Perdana Menteri telah turun ke 7 tempat selepas Pembentangan Bajet tersebut. Itu menandakan Perdana Menteri berusaha keras untuk menjayakannya. Tahniah diucapkan.

    Reply
  • 08/10/2011 at 11:08 pm
    Permalink

    saya harap janji yang ditaburkan akan di laksanakan…. “lembu ikat pada tali, manusia ikat pada janji”

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.