Perbaharui pasport secara dalam talian

MUSTAFAR mengadakan lawatan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan menggalakan orang ramai yang ingin memperbaharui pasport mereka untuk membuat permohonan secara atas talian. – NSTP/Faliq Lajim

SHAH ALAM: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menggalakkan orang ramai yang ingin memperbaharui pasport mereka untuk membuat permohonan secara dalam talian.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata Permohonan Pembaharuan Pasport (MyOnline Passport) kurang mendapat sambutan kerana orang ramai masih tidak tahu kewujudan kemudahan itu serta kurang hebahan.

“Tadi apabila saya berjumpa dengan pengunjung yang datang ke Imigresen di UTC di sini masih ramai yang tidak tahu pembaharuan pasport dibuat secara atas talian walaupun ia sudah dilancarkan pada September 2016.

“Caranya dengan memohon melalui portal imigresen, dan memuat naik gambar serta membayar RM200 untuk pembaharuan bagi tempoh lima tahun. Mudah sahaja,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pejabat Imigresen di UTC Selangor, Anggerik Mall, di sini.

Mustafar berkata, serahan boleh dibuat di sebarang cawangan Imigresen di seluruh negara yang sudah dinyatakan ketika membuat permohonan.

“Bagi serahan pula, pemohon boleh datang sendiri ke imigresen dan pasport akan diserahkan dalam masa 10 hingga 15 minit,” katanya sambil menambah permohonan secara dalam talian hanya bagi pembaharuan sahaja, bukan untuk permohonan pasport baharu.-BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.