Pesalah trafik serbu kaunter bayar saman

ORANG ramai berbaris membuat semakan dan bayaran saman di Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee. Pemberian diskaun diberi sehingga 50% bagi saman trafik bermula 7 hingga 9 November ini bersempena Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur. – Foto NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak melepaskan peluang menjelaskan saman trafik berikutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena perayaan Deepavali.

Tinjauan NSTP di Balai Polis Trafik Tun H S Lee di sini, mendapati orang ramai mula berbaris menunggu giliran untuk menyemak dan membayar saman seawal jam 7.30 pagi walaupun kaunter hanya dibuka pada jam 8.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya, berkata pihaknya menyediakan tiga kaunter utama bagi memudahkan orang ramai menyemak dan membayar saman yang tertunggak.

“Sehingga kini kira-kira 1000 orang hadir untuk menyelesaikan saman tertunggak dan mendapat diskaun,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Sementara itu, Eksekutif Pemasaran, Mohd Hafiz Ahmad, 35, berkata dia mula berbaris pada jam 9.30 pagi bagi membuat semakan saman.

Katanya, proses itu selesai dalam tempoh dua jam kerana ramai orang hadir hari ini.

“Saya menyelesaikan tiga saman saya dan mendapat diskaun pembayaran,” katanya.-BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.