Satu Telefon, Rakam 70 Wanita Di Tandas, Bilik Persalinan

SEORANG lelaki ditangkap kerana didakwa membuat rakaman di tandas dan bilik persalinan wanita.

Eric Serges Luna Balanay yang dituduh merakamkan aksi wanita sedang mencuba pakaian di sebuah pusat beli-belah dengan meletakkannya di bawah pintu diharamkan menggunakan telefon.

Balanay ditahan kerana didakwa mengintip menggunakan telefon jenis iPhone, yang mana dia membuat rakaman terhadap lebih 70 wanita.

Lelaki berusia 30 tahun itu dituduh membuat rakaman-rakaman itu ketika pelanggan wanita mencuba pakaian di bilik persalinan atau menggunakan bilik mandi di pusat beli-belah di Gold Coast, Australia.

Polis Queensland berkata mereka mendapati lebih daripada 70 video rahsia dalam komputernya, di mana 52 insiden dilaporkan dirakamkan di tempat kerja lamanya, menurut 9News.

Balanay ditangkap pada Ahad selepas kakitangan Pusat Beli-Belah Harbour Town menahannya sedang membuat rakaman terhdap wanita.

Lelaki itu yang berpindah dari Filipina ke Australia kira-kira dua tahun lalu, berdepan 37 tuduhan membuat rakaman yang melanggar privasi, lapor Gold Coast Bulletin.

Dia tidak dibenarkan membawa alat rakaman dan diperintahkan menyerahkan pasportnya.

Balanay telah dibebaskan dengan jaminan dan dijangka dihadapkan ke mahkamah pada 18 Jun.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.