Duit Raya: Polis Siasat Nga Kor Ming Di Bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan

PUTRAJAYA: Polis membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan ke atas Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana menghina sambutan Aidilfitri dalam akaun Facebook miliknya, Selasa lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis menerima beberapa laporan polis terhadap entri Facebook Nga.

“Kita sudah memulakan siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948.

“Kita juga akan menyiasat sama ada entri tersebut Nga yang buat atau tidak,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria di sini, Sabtu.

Pada Selasa lalu, Nga memuat naik gambar yang berlatar belakangkan rumah api dan bendera Amerika Syarikat dalam ucapan Aidilfitri di akaun Facebooknya.

Selain itu mengikut akaun Facebook yang bernama Nga Kor Ming, satu status yang dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, yang bertajuk “Hanya di Malaysia di bawah Umno, Selamat Hari Raya”, satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu.

Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak telah bercakap “Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma..” manakala seorang lagi menjawab “Tak dapat derma, dedak pun ok…” dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”.

Khalid juga menyarankan orang ramai agar berhati-hati apabila membuat kenyataan atau memuat naik status sensitif di laman sosial.

“Tindakan Nga merupakan satu tindakan yang mempermainkan agama Islam dan ini merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang yang bergelar Yang Berhormat di sebuah negara majmuk,” katanya.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.