Bajet 2012: Penjawat awam disaran tingkat produktiviti

KUALA LUMPUR 8 Okt. — Penjawat awam perlu bekerja lebih rajin dan meningkatkan produktiviti mereka selepas mendapat kenaikan gaji dan pemberian bonus dalam Belanjawan 2012, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata, pemberian imbuhan itu merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan oleh semua penjawat awam tanpa mengira pangkat.

“Saya meminta penjawat awam meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka dari semasa ke semasa dalam memastikan negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dan menjadi sebuah negara yang kompetetif dalam semua sektor seperti ekonomi, pendidikan dan modal insan,” katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas mewakili Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah merasmikan majlis konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-27 di kampus universiti itu di Gombak di sini hari ini.

Turut hadir ialah Rektor UIAM Datuk Dr Zaleha Kamaruddin. — Bernama

6 thoughts on “Bajet 2012: Penjawat awam disaran tingkat produktiviti

  • 09/10/2011 at 3:47 am
    Permalink

    Itu sudah semestinyala.Gaji dah naik jadi mutu kerja pun kenela seiring dengan kenaikan gaji.Janganla lagi asyik berada pada takuk lama,sedangkan Kerajaan kita telah memberikan banyak bantuan dan kemudahan buat kita.

    Reply
  • 09/10/2011 at 7:39 am
    Permalink

    banyak dah berubah dengan produktiviti kakitangan kerajaan tu tapi saya rasa kebanyakkan peningkatan itu disebabkan oleh peningkatan teknologi, bukan kecekapan manusia yang mengendalikan kerja sangat…masih banyak lagi ruang dan peluang untuk meningkatkan produktiviti kerja, disesetengah jabatan memang banyak peningkatannya, di sesetengah jabatan lain macam itu juga.

    memang teknologi main peranan tapi nilai tambah itu yang boleh diberi ialah dari segi layanan kepada pelanggan

    Reply
  • 09/10/2011 at 8:02 am
    Permalink

    dengan kenaikan gaji yang dinikmati oleh penjawat awam diharapkan perkhidmatan kepada orang awam dapat ditingkatkan lagi ketahap yang lebih cemerlang.

    Reply
  • 09/10/2011 at 10:18 am
    Permalink

    smua bhgian perlu tingkatkn..trutama yg mlibtkn prkhdmtn kaunter,,da tau dok bhgian dpn,berhadapan dgn pelanggan,jgn lah ada sikap acuh x acuh je k.muka jgn ketat.dpt2 lg ms da nk hmpir blk,tp lg stengah jam.da fkir nk blk,sdngkn ada pelanggan nk berurusan,yg x mngambil ms lm mn pun……buat lah dngn IKHLAS ,,jgn smpai org komplen.

    Reply
  • 09/10/2011 at 10:58 am
    Permalink

    lebih banyak bonus dikeluarkan lebih berkualiti kerja.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.