Bajet Prihatin

BAJET PRIHATIN

Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 07 Oktober 2011 adalah merupakan bajet mesra rakyat yang semestinya dinantikan oleh keseluruhan rakyat Malaysia. Bajet yang bertemakan Belanjawan Transformasi Membela Rakyat, Mensejahtera Negara telah memperuntukkan sejumlah RM 232.8 bilion yang merangkumi perbelanjaan operasi RM 181.6 bilion, dan perbelanjaan pembangunan RM 51.2 bilion.

Ini adalah merupakan tindakan keprihatan kerajaan dalam memperkasa serta memperkaya keseluruhan organisasi kerajaan serta memastikan kebajikan rakyat di utamakan selaraskan dengan moto 1 Malaysia Rakyat DiDahulukan Pencapaian Diutamakan.

Walaupun pada dasarnya kita tidak boleh menafikan ia adalah merupakan bajet “pilihanraya”, akan tetapi keprihatinan serta semangat untuk mahu memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa dan berdaya maju senantiasa diutamakan oleh kerajaan Barisan Nasional khususnya di bawah pimpinan Y.A.B Dato’ Seri Najib.

Berbeza dengan bajet pakatan pembangkang sekiranya berkuasa menjanjikan akan memperuntukkan RM220 bilion boleh kita klasifikasikan sebagai bajet mat jenin. Persoalannya di sini adakah mereka ini mampu untuk menjunjung Putrajaya? Sewajarnya ketua pembangkang yang merupakan penasihat ekonomi RM 1.00 ini memperkasa kewangan serta bajet negeri Selangor terlebih dahulu sebagai tanda arah kepada memastikan keyakinan rakyat untuk bersama mereka pada PRU yang akan datang.

Akan tetapi, seharus dan sewajarnya samada pihak kerajaan mahupun pembangkang mengutamakan bajet khusus untuk golongan belia. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun adalah merupakan tamparan hebat kepada kerajaan dalam mendepani golongan ini.Dengan statistik menunjukkan sejumlah 80,000 siswazah menganggur adalah merupakan satu angka yang cukup cantik untuk pembangkang memanipulasi isu tersebut. Kerajaan seharusnya memikirkan kaedah serta pendekatan lain agar golongan siswazah tercicr ini tidak ketinggalan serta terus beroperasi melalui kepakaran mereka bersama kerajaan.

Jadi,adakah bajet kerajaan Barisan Nasional ini betul – betul bajet mesra rakyat? Kepada Pakatan Pembangkang,betulkan dahulu negeri – negeri di bawah jajahan takhluk anda.

15 thoughts on “Bajet Prihatin

  • 09/10/2011 at 2:55 am
    Permalink

    dengan bajet ini dapat juga kita lihat perkembangan dan pembanggunan yang pesat pada masa akan datang…HIDUP PM..semoga kita maju kehadapan

    Reply
  • 09/10/2011 at 3:11 am
    Permalink

    Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini merupakan bajet yang mengutamakan rakyat terutama kepada golongan warga emas hendaknya dan pemansuhan yuran baik sekolah rendah dan menengah serta mengutamakan golongan yang berpendapatan rendah terutamanya diluar bandar .Namun pihak pembangkang hanya tahu memutar belit fakta,untuk kepentingan sendiri tanpa memikirkan kesan yang akan mendatang.

    Reply
  • 09/10/2011 at 7:20 am
    Permalink

    memang di zaman hari ini walau dah berumur melebihi 55 atau 58, masih lagi bekerja, paling tidak jadi security guard. Itu pada yang pencenlah, pada yang baru pulak, bertimbun degree macam mana sekalipun, pengalaman tetap tak sama dengan yang lama.

    Ada banyak bidang baru dalam kerajaan yang orang baru boleh buat dan bidang lama untuk orang lama teruskan, jadi takla menutup ruang sesiapa.

    Reply
  • 09/10/2011 at 7:22 am
    Permalink

    ramai orang sifatkan bajet kali ini yang terbaik, dengan sebijik sebijik harga barang keperluan disebut dalam pembentangan…selama hidup ni mana pernah berlaku macam tu, bajet hanya tempat untuk bentang kos bilion dan trilion juta saja…tapi kali ini berbeza dan jelas sekali memang Perdana menteri prihatin dengan masalah yang membelenggu rakyat.

    Reply
  • 09/10/2011 at 7:56 am
    Permalink

    Bajet kali ini tidak memberikan kelebihan kepada usahawan usahawan bumiputra. golongan ini kurang diberi perhatian pada bajet kali ini.

    Reply
  • 09/10/2011 at 9:14 am
    Permalink

    Bajet tahun ni sangat prihatin dan lebih mengutamakan rakyat. PM sangat prihatin terhadap apa yang suarakan oleh rakyat tanpa mengira kaum. saya harap selepas ni, rakyat bersatupadu untuk menyokong kerajaan yang prihatin terhadap penduduk negaranya ini.

    Reply
  • 09/10/2011 at 9:25 am
    Permalink

    Pesaraan kakitangan kerajaan 60 tahun… Amat dukucita..

    Reply
  • 09/10/2011 at 10:10 am
    Permalink

    ramai lagi la org muda yg tanam anggur…yg keje semua bagi org2 tua je,…

    Reply
  • 09/10/2011 at 10:35 am
    Permalink

    em…58-60tahun terlalu tua usia untuk bersara. ramai lagi generasi muda yang ingin bekerja dalam sektor kerajaan.

    Reply
  • 09/10/2011 at 10:41 am
    Permalink

    selain tanam anggur,belia juga boleh tanam keledek,pisang dan sebagainya,,bila tak cukup duit mintak bantuan dari JKM rm300 sebulan..lepas tu xde rumah mintak bantuan rumah PPRT,..lama-lama belia malaysia jadi pemalas dan suka meminta2..yang ada sijil tinggi2 simpan je dalam almari tu…

    Reply
  • 09/10/2011 at 10:49 am
    Permalink

    Semoga bajet ini akan berjaya

    Reply
  • 22/10/2011 at 10:36 pm
    Permalink

    bajet yg baru dibentangkan oleh perdana menteri baru-baru ini amat membantu bagi semua golongan lapisan rakyat.

    Reply
  • 22/10/2011 at 10:39 pm
    Permalink

    Rakyat didahulukan..pencapaian diutamakan….

    Reply
  • 22/10/2011 at 10:41 pm
    Permalink

    bajet memuaskan!!!…tq DSN!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.