TEAM BUDAK SEKOLAH???

Australia telah berjaya memahat kenangan yang memalukan buat pasukan bola sepak senior kebanggsaan apabila d laukkan 5 – 0 pada perlawanan persahabatan pada 06 okt. 2011 d stadium Canberra. Sehebat mana pun “apek” jika kealpaan dengan ketidak susunan barisan pertahanan maka gawang pasukan kebanggsaan bisa dengan mudah d sambal belacankan oleh pasukan Australia.

Bermain seperti kebudak – budakan, gagal mengawal situasi serta pergerakan lawan adalah merupakan antara punca pesta gol di raikan pada perlawanan tersebut. Mungkin setelah tersentak dengan jaringan demi jaringan pada separuh masa pertama maka rajagopal telah menyusun kembali serta memperkemas pertahanan serta serangan, dan hasilnya pada separuh masa kedua gawang negara hanya dibolosi sekali sahaja jika dibandingkan 4 gol pada separuh masa pertama.

Adakah pemain kebangsaan “lambat panas”?

Rajagopal perlu memikirkan sesuatu bagi mengembalikan maruah pasukan negara yang tercemar akibat dari kekalahan tersebut. Status JUARA PIALA SUZUKI tidak menjanjikan apa – apa kemenangan pada perlawanan akan datang sekiranya “sesuatu” tidak di lakukan oleh rajagopal.

SeWAJIBnya pasukan kebangsaan didedahkan dengan perlawanan persahabatan dengan negara – negara yang mempunyai ranking yang lebih hebat bagi kita menilai serta memperkemas kemampuan serta mengukur tahap kemampuan kita.

Sekiranya masih tidak mencapai apa yang diimpikan maka “WAJIBlah” dikuburkan sahaja pasukan kebanggsaan ini dan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia seharusnya mencari acara sukan lain yang berpotensi untuk dilaburkan sebagai acara sukan yang mampu untuk menjulang nama negara ke persada dunia. Kementerian Belia Dan Sukan janganlah dianaktirikan acara sukan yang lain apatah lagi acara – acara sukan ini mampu untuk memartabatkan nama negara ke persada dunia.

Walaubagaimanapun, keyakinan para peminat sukan khususnya penyokong HARIMAU MALAYA pasti akan terus bersama dengan pasukan kebangsaan dalam apa jua situasi. Tapi harus diingat, kesabaran serta ketenangan manusia ada hadnya. FAM WAJIB untuk melakukan sesuatu bagi terus menjelmakan kembali zaman kegemilangan pasukan bola sepak negara.

9 thoughts on “TEAM BUDAK SEKOLAH???

  • 09/10/2011 at 9:53 am
    Permalink

    kalah mmg kalah…tapi biarlah kalah dengan bermaruah..ini dah mcm team budak tadika…

    Reply
  • 09/10/2011 at 9:54 am
    Permalink

    upah jurulatih luar negaralah..dah lakukan latihan yang komprenhatif supaya pasukan bola sepak negara akan lebih maju. jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja, mula-mula sahaja beria-ria, lama-lama punah pula.

    Reply
  • 09/10/2011 at 10:13 am
    Permalink

    pasukan malaysia sepatutnya lebih bersedia dari awal.

    Reply
  • 09/10/2011 at 10:16 am
    Permalink

    ini lagi satu..team melaka,..dia lantik bebudak kg dia je main wakil melaka…hancur boncai..

    Reply
  • 09/10/2011 at 10:26 am
    Permalink

    terlalu menghormati pihak lawan itu sb kita terlampau berhati2 ketika menghantar bola…kawalan bola,hantaran bola,tektikal,sterategi semua nye hancur….sampai bila hendak jadi mcm ini???sedangkan jutaan ringgit di habiskan oleh KBS…

    Reply
  • 09/10/2011 at 10:39 am
    Permalink

    menang dipuji, kalah dikeji…. teruskan sokongan untuk pemain kita… bagi pemain, bermain dengan penuh semangat agar tidak sia-sia sokongan yang diberikan oleh peminat semua.

    Reply
  • 09/10/2011 at 10:57 am
    Permalink

    tukar je jurulatih baru…!!!

    Reply
  • 11/10/2011 at 12:36 am
    Permalink

    bola sepak jangan dipolitikan… saya ingin mengemukakan cadangan 1 suara untuk menubuhkan atau mencari bakat2 baru yang terpedam diluar bandar mahupun di kawasan bandar.. pemain agak menghampakan,lebihkan latihan..susunan strategy agak tidak terancang.. mana perginya pemain malaysia? siapa yang ingin dipersalahkan..?

    Reply
  • 22/10/2011 at 10:37 pm
    Permalink

    pemain2 terlalu diagung2 kan dgn mmbawa status sebagai juara AFF belum menjamin segala keselesaan bagi pemain kebangsaan!! wake up guy’s c’mon !

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.