Agong Serah Sumbangan Kepada Asnaf

PASIR PUTEH: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyerahkan sumbangan wang tunai kepada 400 asnaf dalam jajahan ini di Masjid Mukim Dalam Rhu di sini.

Pada majlis itu juga, Seri Paduka turut berkenan menyerahkan kaca mata kepada 500 penerima.

Terdahulu, Sultan Muhammad V tiba di masjid berkenaan untuk berbuka puasa dan solat Maghrib bersama penduduk yang diimamkan oleh imam tua masjid berkenaan, Mohd Ruden Mohd Yusof.

Seri Paduka, yang diiringi Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra turut berkenan untuk solat Isyak dan solat sunat tarawih di masjid tersebut.

Hadir sama Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.