Ketibaan pesawat Airbus 330 milik syarikat penerbangan Air China itu membawa sebuah delegasi pegawai Korea Utara, menyertai pasukan diketuai pembantu rapat Jong-Un, Kim Chang Son yang lebih awal tiba di negara ini untuk membuat persiapan rundingan berkenaan.

Menurut sumber yang terlibat dalam perangan perjalanan tersebut, Jong-Un dijangka tiba di Lapangan Terbang Changi esok bagi menghadiri sidang kemuncak bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. -REUTERS/UTUSAN ONLINE