“Mengapa Saya Perlu Merangkak Jumpa Tun M” – Ku Li

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad masih merupakan orang yang sama walaupun kembali menerajui Kerajaan buat kali kedua di bawah parti yang berlainan, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Veteran Umno yang lebih mesra dikenali sebagai Ku Li berkata, Dr Mahathir tidak pernah berubah dan kekal sama seperti 23 tahun lalu.

“Beliau masih sama, cuma dalam baju yang berbeza.

“Beliau seperti 23 tahun yang lalu, beliau seperti itu 22 tahun yang lalu, saya rasa beliau macam itu sekarang,” katanya secara berseloroh.

Mengenai sama ada Dr Mahathir tidak lagi menjadi diktator, Tengku Razaleigh berkata, “Lihat sahaja barisan parti yang ditubuhkan hanya beberapa tahun lalu, tetapi mengetuai kerajaan di Kedah, Perak, Johor dan di tempat-tempat lain, dan lihat jumlah kerusi mereka dalam kabinet.”

Mengenai pertemuan Naib Presiden Umno yang memangku tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Dr Mahathir baru-baru ini, Tengku Razaleigh berkata, ramai bertanya mengapa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berbuat demikian.

“Saya tidak boleh mengulas mengenainya, terpulang kepada dia (Zahid),” katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada beliau akan berjumpa dengan Dr Mahathir sekiranya menjadi presiden parti sementara, Tengku Razaleigh berkata, “Mengapa saya perlu jika saya mengetuai parti lain yang tidak disokongnya? Dia meninggalkan parti kami. Mengapa saya perlu ‘merangkak’ kepadanya? “-MS.

One thought on ““Mengapa Saya Perlu Merangkak Jumpa Tun M” – Ku Li

  • 10/06/2018 at 10:18 pm
    Permalink

    Ya!!amat setuju dgn Ku Li..bkn ingin bicara hal ego@semaksud dgn nya.Usaha bàiki sdiri rmh yg rosak…knp perlu merangkak kpd Tun?.22thn tggl dlm rmh ada bhgn rosak sbb dia,kami yg baiki.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.