Barcelona ikat bintang Brazil

BARCELONA: Barcelona melengkapkan pembelian pemain tengah Brazil, Arthur Melo dari Gremio dengan perjanjian selama enam tahun, kata juara Sepanyol itu, semalam.

Kelab La Liga itu dalam satu kenyataan menerusi laman web, http://www.fcbarcelona.comberkata yuran perpindahan untuk pemain berusia 21 tahun itu adalah  31 juta euro (RM146.76 juta) dengan 9 juta euro (RM42.61 juta) ‘pembolehubah.’

“Pemain berkenaan akan menandatangani kontrak dengan kelab untuk enam musim berikutnya, sehingga penghujung musim 2023/24,” kata kenyataan berkenaan.

Barca turut berkata pembelian klausa kontrak Arthur dijangka ditetapkan setinggi 400 juta euro (RM1.89 bilion) bagi mengelak kejadian di mana kelab Perancis, Paris St Germain memancing bintangnya, Neymar daripada berulang.

Arthur membantu Gremio menjuarai Copa Libertadores tahun lalu dengan kehadirannya diharap mengisi ketiadaan legenda tengah Barca, Andres Iniesta dan pemain Brazil, Paulinho.

Iniesta mengakhiri kariernya selama 16 tahun bersama Barca pada Mei lalu apabila menyertai kelab Jepun, Vissel Kobe manakala Paulinho kembali ke kelab China, Guangzhou Evergrande secara pinjaman.

Perpindahan Arthur juga difahamkan turut disebabkan oleh kecederaan teruk yang melanda pemain tengah simpanan, Carles Alena pada penghujung musim lalu.

– Reuters/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.