Peruntukan Tambahan Untuk Sukan Mampu Tingkat Atlet Muda – Razali

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) gembira menerima peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta dalam Belanjawan 2012 untuk program membangunkan atlet pelapis negara.

Timbalan Menterinya Datuk Razali Ibrahim berkata ia juga dapat membina program pembangunan menghadapi sukan Olimpik di London tahun depan.

“Selama ini kita hanya dapat belanjawan untuk perancangan tahunan, tapi kali ini ia diberikan dalam bentuk program supaya kita dapat tingkatkan lagi pencapaian atlet muda ke peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata peruntukan sebanyak RM50 juta untuk pembinaan padang rumput tiruan akan dapat membantu meningkatkan lagi pembangunan bola sepak negara.

“Sekarang pihak kementerian dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang kenal pasti kawasan yang boleh dibina padang tersebut dengan keutamaan akan diberikan kepada akademi bola sepak dan sekolah-sekolah terpilih.

“Selebihnya kita boleh letak di stadium dengan persetujuan kerajaan negeri,” katanya.

Mengenai peruntukan RM15 juta untuk pembinaan 150 gelanggang futsal bagi mencapai matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim, Razali berkata gelanggang tersebut akan dibina dalam bentuk gelanggang serbaguna seperti di Putrajaya.

— BERNAMA

One thought on “Peruntukan Tambahan Untuk Sukan Mampu Tingkat Atlet Muda – Razali

  • 10/10/2011 at 2:44 am
    Permalink

    bagaimana pula dengan peruntukan untuk pembangunan belia…??? keadaan persatua-persatuan belia diseluruh negara semakin hambar dan suram kerana tiada peruntukan untuk pentadbiran dan program.pembangunan belia dan sukan perlu seimbang……jangan dilupa kepada bakal perwaris tampuk pemerintahan negara dimasa akan datang…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.