Plaza Tol Tmn Seputeh Akan Dirobohkan Rabu Ini

KUALA LUMPUR: Syarikat konsesi Lebuhraya Timur-Barat, Kumpulan MTD akan melakukan kerja meroboh plaza tol 4 dan 5 bagi laluan Seputeh Taman Connaught di sini bermula Rabu ini.

MTD dalam satu kenyataan di sini Isnin, berkata untuk itu aliran trafik di kawasan tersebut akan dilencongkan sehingga kerja berkenaan siap pada 11 November.

Sepanjang tempoh itu, pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan papan tanda yang akan diletakkan di kawasan berkenaan, kata kenyataan tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh dikemuka menerusi talian 03-91732020.

Kutipan tol di laluan tersebut dimansuhkan bermula 16 Mei lepas. -BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.