Rizab BNM RM417 bilion

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM417.2 bilion (AS$131 bilion) pada 30 September 2011.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan BNM, paras rizab pada 30 September 2011 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi peningkatan nilai rizab disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan beberapa mata wang utama berbanding dengan ringgit pada suku ketiga.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.7 bulan import tertangguh dan 4.5 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Sumber-Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.