Politik Wang: Azmin Dakwa Jadi Mangsa, Cabar Chegubard Kemuka Bukti

PETALING JAYA: Pemimpin kontroversi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mencabar Badrul Hisham Shaharin supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaan pembabitannya dalam politik wang pada pemilihan parti itu, baru-baru ini.

Berkeras enggan menafikan dakwaan dibuat Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard itu, calon Timbalan Presiden parti itu sebaliknya mengakui dirinya menjadi mangsa ‘politik iri hati’ oleh sebilangan kecil ahli parti.

“Bagaimana saya nak nafi kerana tidak ada apa yang perlu dinafikan. Tidak ada sebarang tuduhan (rasuah) terhadap saya.

“Yang ada hanyalah dakwaan yang semata-mata dakwaan. Sesiapa sahaja boleh buat dakwaan, anda juga bebas untuk buat dakwaan terhadap saya jika tak suka saya,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard


Malahan, Azmin turut mempersolkan kredibiliti pemimpin akar umbi seperti Chegubard yang berterusan membuat dakwaan namun gagal mengemukakan bukti kukuh.

“Ini sebuah parti reformasi dan sudah pasti kita ingin lihat setiap tindakan yang diambil mestilah telus dan jelas.

“Jika ada bantahan atau dakwaan, kemukakanlah bukti kepada pihak yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan lanjut…ikut saluran yang betul,” katanya.

Beliau mengulas mengenai dakwaan Chegubard menerusi aduan bertulisnya kepada Lembaga Disiplin PKR bahawa seorang anggota dari kem Azmin cuba menyogok Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Abdul Malek Hussin.

Chegubard yang digantung keahliannya mendakwa Abdul Malek menolak rasuah yang diberi calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar dan ‘bosnya’.

Menurut Chegubard, berdasarkan khabar angin, ‘bos’ yang dimaksudkan itu berkemungkinan ¬†Azmin yang hampir pasti mempertahankan kerusi jawatan kedua tertinggi parti pada pemilihan kali ini.

Mengulas lanjut, Azmin menegaskan beliau mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk amalan rasuah, khususnya bagi membeli undi semata-mata untuk mendapatkan jawatan dalam parti.

“Saya menolak keras amalan rasuah dalam parti dan sistem pentadbirannya. Perkara ini menjadi dukungan parti ini dan saya sendiri,” katanya.

Ditanya mengapa beliau seringkali menjadi mangsa pelbagai dakwaan liar pada pemilihan kali ini, Azmin berkata: “Ini membuktikan saya masih berkesan…masih memberi impak sama ada di dalam parti mahupun di luar.

“Sudah 15 tahun saya difitnah dengan pelbagai cara. Ini bukan perkara baharu bagi saya,” katanya.

2 thoughts on “Politik Wang: Azmin Dakwa Jadi Mangsa, Cabar Chegubard Kemuka Bukti

  • 12/06/2014 at 12:41 am
    Permalink

    ALLAH SWT seadil2 mmembuat pengadilan…
    awak sebelum-sebelum ni, kini & tak mustahil sehingga awak menutup

    Reply
  • 12/06/2014 at 12:53 am
    Permalink

    ALLAH SWT seadil2 membuat pengadilan…
    awak sebelum-sebelum ni, kini & tak mustahil sehingga awk tutup mata @ MATI akn terus bercakap bohong, memfitnah orang, kata betul padahal nyata salah, memaki hamun, menyumpah seranah, memperok-peranda keadaan dan berbagai bagai bagai bagai +++++ lagi…
    sekarang ni masa awak telah tiba. macam lagu raya “KINI TIBA MASANYA”… awak menghadapinya kini..
    tak mustahil ini balasan ALLAH pd awak setelah apa yang telah banyak kejahatan & kebejatan awak lakukan..
    bertaubatlah azmin… pi jumpa mak awak mohon keampunan dan dapatkan keredahan beliau. sebaik2 tempat mengadu didunia ini ialah mak/bapa kita selagi mereka bernyawa, selebihnya pohonlah pada ALLAH SWT…
    kau faham tak ni…..
    klu x faham juge, buat2lah faham…
    jgn asyik kejar duit, x kemana pun duit tu… kos kematian / pengkebumian pun bkn nya mahal sgt.. kebanyakkan tmpt kurang dr RM50 @ khairat kematian…
    kesimpulannya… LU FIKIR LAH SENDIRI..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.