Muka Jadi ‘Hancur’ Kerana Nak Cantik

GARA-gara mahu cantik, dua wanita terpaksa hidup dengan muka yang pelik selama 10 tahun, selepas prosedur ‘kecantikan’ yang dilakukan pada 2008, telah merosakkan wajah mereka.

Alvinia Bermoy Bernadez, 28, dan Maui Cababao, 30, yang merupakan kawan baik, telah melakukan prosedur menyuntik muka dan dagu dengan jeli petroleum di sebuah klinik di Cabadbaran, Filipina.

Selepas tiga minggu melakukan suntikan terbabit, wajah mereka membengkak namun doktor gagal membantu. Beberapa pembedahan telah dijalankan tetapi kesan prosedur itu tetap ada.

Akibatnya mereka dikecam ramai hingga ada yang menggelar kedua-duanya sebagai anjing.

Menurut Alvinia, mereka kini terdesak untuk membaiki semula wajah mereka bagi menjalani kehidupan normal semula.

“10 tahun lalu, ada seorang gadis dari kampung ini telah menjalani suntikan itu dan dia menggalakkan kami mencubanya. Dia janji bahawa kami akan cantik sepertinya.

“Namun selepas disuntik, wajah saya seperti terbakar dan sakit. Bila cuaca panas, muka kami lagi bengkak. Beberapa pembedahan telah dijalankan dengan yang terakhir adalah pada tahun lepas,” katanya.

Mereka kini hidup tertekan dan takut untuk keluar rumah kerana sering diejek.

“Saya jarang keluar rumah kerana saya malu dengan orang ramai. Wajah saya telah berubah. Saya tahu kami ada harapan tapi kami selalu dilukai,” katanya. – Mynewshub.cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.