SPRM Kesan 3 Lelaki Cina, 1 Wanita Cina Bantu Siasatan 1MDB

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan empat individu, termasuk seorang wanita untuk membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM dalam satu kenyataan, di sini, hari ini, meminta empat individu terbabit iaitu tiga daripadanya bertugas sebagai pegawai 1MDB untuk menghubungi pihaknya segera bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Individu pertama dicari adalah Tan Kim Loong, 40, dengan alamat terakhirnya di No 20M Jalan 5/40 Taman Pusat Kepong, di sini, manakala individu kedua adalah seorang pegawai 1MDB dikenali sebagai Tang Keng Chee, 53, yang alamat terakhirnya di 112, Jalan 5/149G Taman Sri Endah, di sini.

Dua lagi pegawai 1MDB yang dicari adalah Geh Choh Heng, 47, beralamat terakhir di 27 Jalan Setiamurni Satu, Damansara Heights, di sini dan Loo Ai Swan, 45, dengan alamat terakhir di 25, Jalan Seri Beringin 2, Damansara Heights, di sini.

“Kita juga minta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keempat-empat individu terbabit untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Nur Aida Arifin di talian 03 88700000 sambungan 0323 atau e-mel ke aida_arifin@sprm.gov.my.

“Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Nahar Haris di talian 03 88700000 sambungan 0388 atau e-mel ke nahar.haris@sprm.gov.my atau menghubungi pejabat SPRM berhampiran,” kata kenyataan itu. -BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.