Agensi berita Singapura , Today Online memetik kenyataan White House dengan berkata, mengikut jadual rasmi Trump, mesyuarat rasmi dan makan tengah hari akan diadakan di istana presiden pada pukul 2 petang (waktu tempatan).

Trump juga dijangka mengadakan pertemuan dengan kakitangan Kedutaan AS di Singapura pada hari yang sama. -AGENSI/UTUSAN ONLINE