Katanya, walaupun sebelum ini beliau berkata hanya akan menjawat jawatan Perdana Menteri selama dua tahun, tetapi jika rakyat mahu beliau kekal lebih lama, beliau bersedia.

“Jika itu yang dimahukan oleh rakyat saya bersedia. Saya sendiri sudah tua, dua tahun lagi umur saya 95 tahun, sudah jadi Perdana Menteri tertua (di dunia).

“Apa yang saya utamakan sekarang ialah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog Persidangan Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE