Achey vokalis baharu Kristal?

KUALA LUMPUR: Pelawak Achey menjelaskan, rakaman video dia beraksi bersama Kristal yang dimuat naik di laman YouTube sekadar membantu promosi kumpulan itu yang bakal membuat kemunculan semula.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 31, berkata, ramai yang salah faham apabila rakaman dia menyanyikan lagu Suatu Kenangan bersama kumpulan itu diperkatakan, sedangkan dirinya sekadar memenuhi jemputan.

“Saya tidak tahu perkara ini akan jadi besar. Sebenarnya, Kristal mahu membuat kemunculan semula dan menjemput rakan artis menyanyikan lagu mereka untuk dipromosikan di YouTube.

“Tidak sangka pula, rakaman video itu mencetuskan tanda tanya kepada ramai. Malah, ramai rakan dan keluarga turut bertanya saya mengenai isu itu,” katanya kepada BH Online.

Ditanya adakah dia bersedia menyertai kumpulan itu sekiranya ditawar menggantikan vokalis lama, Lan Solo, Achey berkata, banyak perkara perlu fikirkan memandangkan dirinya terikat dengan pelbagai komitmen lain.

“Kalau diberi peluang menjadi penyanyi gantian, saya tidak mempunyai masalah. Tetapi, jika mereka mahukan saya sebagai vokalis tetap, saya belum bersedia.

“Apa yang saya lakukan ini sekadar suka-suka, tambahan pula saya meminati Kristal sejak kecil lagi” katanya.-BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.