Bahang Piala Dunia 2022 mula terasa

DOHA: Tempoh empat tahun akan datang, Stadium Antarabangsa Khalifa di Qatar, di sini, akan menjadi tuan rumah Piala Dunia namun mereka sudah merasainya dengan menyajikan tontonan skrin gergasi awal pagi tadi, waktu Malaysia.

Lebih 4,500 penonton memenuhi stadium berkenaan bagi menyaksikan Perancis menewaskan Belgium pada peringkat separuh akhir Piala Dunia di Russia sekali gus menunjukkan masa turut berjalan menuju Piala Dunia 2022 di Qatar.

Seorang penonton tempatan yang menyokong Belgium berkata, dia menikmati kejohanan itu.

“Ia kompetitif dan lebih menarik menyaksikan seusatu yang baru di Piala Dunia,” katanya.

Namun dia mengakui kejayaan luar biasa di Russia akan memberikan tekanan kepada Qatar untuk mengulanginya.

“Secara jujurnya, ia memberikan lebih tekanan. Ia akan menjadi Piala Dunia pertama di Timur Tengah,” kata Atef.

“Buka saja penting untuk Qatar, malah untuk benua.”

Perlawanan menarik orang ramai sekitar Doha, kebanyakannya lelaki namun ada wanita dan keluarga.

Penyokong dari Qatar, Kenya, Bagladesh, India, Pakistan bersama-sama menyaksikan di skrin besar, menjerit dan melompat apabila beberapa peluang disia-siakan.

Seorang guru di Qatar, Mohamed menyaksikan bersama keluarganya namun turut memikirkan empat tahun akan datang.

“Saya fikir kita mampu melakukan dengan lebih baik kerana terdapat banyak sukan sudah berlangsung di Doha,” katanya.

Bidaan Piala Dunia Qatar dibayangi beberapa kontroversi dengan dakwaan rasuah, hak asasi manusia dan isu alkohol dengan kira-kira 1.5 juta penyokong akan menuju ke Doha pada 2022. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.