Dakwaan berkaitan pemilihan MIC palsu – KPN

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, menyangkal dakwaan bahawa beliau terbabit dalam pemilihan MIC yang akan berlangsung pada 29 Julai ini.

Beliau turut menafikan ada membalas pesanan mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada seorang ahli MIC seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Saya ingin tegaskan, semua dakwaan yang dibuat terhadap saya berkaitan pemilihan MIC adalah palsu.

“Pihak polis tidak terlibat dalam mana-mana parti politik dan kita telus dalam menjalankan tanggungjawab sebagai badan beruniform,” katanya pada sidang media ketika Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman, di sini, hari ini.

Sebelum ini, tersebar satu paparan skrin perbualan WhatsApp menunjukkan individu menggunakan nama beliau membalas mesej daripada seorang ahli MIC yang mengaku mewakili Ketua Bahagian MIC.

Mesej daripada pengirim itu meminta Ketua Polis Negara mengambil tindakan terhadap orang kedua dalam MIC yang didakwa menggunakan gengster dan memaksa ahli MIC menandatangani borang pencalonan presiden parti.-BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.