Maria paksa sekolah tutup, batal penerbangan

TAIWAN mula dibadai Taufan Maria semalam, memaksa sekolah ditutup dan pembatalan ratusan penerbangan di tengah amaran tanah runtuh dan banjir di kepulauan itu.

Maria dijangka mendekati pantai utara awal hari ini ketika ia bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 30 kilometer sejam, kata pegawai kaji cuaca.

Pada satu tahap taufan kuat itu, Biro Cuaca Pusat Taiwan menurunkan tahap Maria kepada ribut kekuatan sederhana dengan angin selaju 209 kilometer sejam.

Kerajaan tempatan di kebanyakan tempat di utara Taiwan bercadang menutup pejabat dan sekolah hari ini tetapi pasaran kewangan tetap dibuka, umum pihak berkuasa lewat semalam.

Tentera ditempatkan di beberapa kawasan susulan kebimbangan berlaku tanah runtuh dan nelayan di bandar raya Keelung cuba melindungi bot daripada ribut itu.

Dua syarikat penerbangan terbesar Taiwan, China Airlines dan Eva Airways membatalkan banyak penerbangan dan memberi amaran kelewatan akan berlaku disebabkan taufan itu.

Sementara syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pasific Airways berkata, lebih 12 penerbangan dibatalkan.

Taiwan kerap dilanda taufan pada musim panas dan meningkatkan persediaan mengawasinya selepas Taufan Marakot melanda pulau itu pada 2009.

Ia meragut hampir 700 nyawa, kebanyakannya dalam kejadian tanah runtuh. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.