PRK di Kedah jika Pakatan pilih Johari sebagai Speaker

PETALING JAYA: Sekiranya Pakatan Harapan (PH) menamakan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai Speaker Dewan Rakyat bakal mencetuskan pilihan raya kecil (PRK) di Kedah.

Penasihat Lawyers for Liberty, N Surendran berkata ini kerana Johari juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun.

Surendan yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Serai berkata berdasarkan Perkara 57 (4) perlembagaan persekutuan, seorang Adun yang dipilih sebagai speaker Dewan Rakyat mesti ‘mengundurkan diri dari DUN sebelum menjalankan tugasnya.

“Pilihan raya kecil juga akan menelan wang dan ia sesuatu yang tidak diperlukan.

“Pakatan berjaya membentuk kerajaan negeri Kedah, DUN sekarang terikat dengan 18 wakil Pakatan Harapan dan 18 lagi wakil dari PAS dan Umno.

“Membuka jalan supaya pilihan raya kecil di Gurun akan menjadi langkah berisiko dan tidak bijaksana oleh Pakatan Harapan memandangkan keseimbangan kuasa yang tidak menentu,” katanya.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.