Lebih 1 juta jemaah tiba di Arab Saudi

PENGARAH Urusan Pasport Arab Saudi mengumumkan hari ini bahawa 1,057,880 jemaah haji tiba di negara itu sehingga semalam.

Angka itu mencatat peningkatan sebanyak 64,905 jemaah haji dengan kadar pertumbuhan hampir 7 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Agensi Berita Saudi (SPA) memetik pengarah itu sebagai berkata, jumlah jemaah yang tiba melalui laluan udara kini mencecah 998,811, jalan darat 48,515 jemaah manakala laut 10,554.-HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.