Messi ketuai Barcelona

LIONEL Messi akan mengetuai Barcelona musim ini dengan Sergio Busquets dan Gerard Pique akan menjadi penolongnya, umum kelab itu.

Messi akan menjadi kapten Barca bermula di Piala Super Sepanyol menentang Sevilla di Stadium Grand Stade de Tanger pada awal pagi Isnin.

Kelab itu mengesahkan Messi yang menjadi penolong kapten sejak 2015 akan menjadi kapten pasukan musim ini, tangungjawab yang sudah dipikul legenda kelab seperti Puyol, Xavi dan Iniesta sebelum ini.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or berkenaan kembali ke Sepanyol selepas hanya meledak satu jaringan dalam kempen mengecewakan bersama Argentina di Piala Dunia.- HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.