Pihak berkuasa siasat kematian pendatang kanak-kanak

MIAMI : Kematian seorang pendatang kanak-kanak di sebuah pusat tahanan di sini sedang disiasat di bawah tuduhan ‘keadaan yang tidak bersih’.

Pihak berkuasa kesihatan dan perkhidmatan memberitahu, siasatan kes itu yang pertama kali timbul awal bulan ini sedang berjalan.

Ia mula dilaksanakan Khamis lalu selepas wakil keluarga mangsa menyerahkan nama kanak-kanak malang terbabit kepada pihak berkuasa.

Peguam bela ibu kanak-kanak itu berkata, mereka telah menyerahkan semua maklumat berhubung seorang kanak-kanak yang dilaporkan meninggal dunia selepas ditahan di pusat tahanan oleh Penguatkuasa Kastam dan Imigresen Amerika Syarikat (ICE) dalam keadaan kotor.

“Kami sedang meneliti kes itu dan tiada sebarang komen buat masa ini,” kata firma perundangan Arnold & Porter dalam satu kenyataan.

ICE berkata mereka memberikan sepenuh kerjasama bagi membantu siasatan.

Tiada sebarang maklumat lain seperti jantina mangsa, kewarganegaraan atau punca kematian didedahkan oleh pihak berkaitan setakat ini.

Firma itu hanya melaporkan bahawa kanak-kanak terbabit ditahan di Dilley, selatan Texas, satu daripada tiga pusat milik ICE yang disediakan untuk tahanan berkeluarga. – AFP/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.