Najib pengerusi mesyuarat MB dan KM ke-113

PUTRAJAYA 11 Okt. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-113 di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat itu, yang bermula pada pukul 10 pagi ini, turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Antara yang hadir adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu selain beberapa menteri kabinet.

Mesyuarat itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri-negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.