Tentera setia kepada Gaddafi bunuh 17 pejuang NTC

TRIPOLI 11 Okt. – Sekurang-kurangnya 17 pejuang rejim baru Libya terbunuh manakala 50 lagi cedera dalam pertempuran dengan tentera yang setia dengan Muammar Gaddafi di pekan Bani Walid, semalam.

“Kami kehilangan 17 pejuang dalam pertempuran sengit kelmarin dan pasukan kami berundur dari lapangan terbang yang dikuasai tentera setia Kaddafi,” kata Ketua Pusat Kawalan Tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Salem Gheith.

Katanya, pejuang NTC berundur dari sebuah pekan yang terletak 170 kilometer tenggara Tripoli dan menunggu bantuan sebelum menyambung semula operasi serangan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.