Diskaun AES Bermula RM150, Maksimum RM300

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan kadar diskaun baru bagi saman di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata kadar tersebut mengikut prinsip semakin lambat tempoh pembayaran dibuat semakin tinggi kadar saman yang perlu dibayar.

“Ia hanya RM150 jika anda membayar saman tersebut dalam tempoh dua minggu daripada saman dikeluarkan dan RM200 dalam tempoh dua minggu selepas itu.

“Mereka yang membayar saman selepas sebulan perlu membayar denda maksimum RM300,” katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.

Ismail berkata kadar diskaun tersebut diberikan kepada saman yang dikeluarkan bermula pada 18 September.- Mstar.

One thought on “Diskaun AES Bermula RM150, Maksimum RM300

  • 13/10/2013 at 4:58 am
    Permalink

    kenapa sy nak pergi bayar saman aes yg kena pada 19/9/13
    kena bayar 300 jugak…then dia suruh tunggu lagi dua minggu datang balik…padahal masa yg sy pergi tu tempoh dah dua minggu
    no kereta saya wng5170

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.